PENGUNJUNG KAMI

Isnin, 28 Oktober 2013

Banjir Madinah 2013 - jasad para sahabat nabi timbul masih utuh dan berdarah

Banjir Madinah 2013 - jasad para sahabat nabi timbul masih utuh dan berdarah



Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir.
 jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan  masih utuh kerana mereka
 dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula
 tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang
ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA k
erana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup
lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun
sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga
dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang
sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah
ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat
 berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari
Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang
dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian
 sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu,
bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan.
Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari
Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan
tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan
 kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada
kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang
gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu
 sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan.
 Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut.
 Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA,
badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah,
 dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir.
Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid
di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti
 secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan
 kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum
misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.
” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah.
 Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada.
Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang
 tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya
 di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA
pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami
 Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud,
ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan
menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain
 engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang,
maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’
 Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur.
Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi
lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar
makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama
seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam
 perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar,
maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana
 tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan,
 maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat
nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh
 tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah
melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja.
(dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)
CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada
tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang
ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

Rabu, 2 Oktober 2013

BERITA "AJAIB" DARI PENJARA MESIR





Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir. Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain.

Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal. Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa".

Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih.
MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah [tempat didikan]". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

#Gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah [salah satu penjara di Mesir] suatu ketika dahulu.


Sumber dari Green Project


Mr Bean’ masuk Islam?


Mr Bean’ masuk Islam? 

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. 

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. -TMI


Rowan “Mr Bean” Atkinson Dikabarkan Masuk Islam?


KABAR mengejutkan datang dari dunia komedi. Rowan Atkinson sang komedian yang popular dengan peran kocaknya sebagai ‘Mr Bean’, Selasa (1/10/2013) diberitakan mengikrarkan ke-Islamannya.

Sebagaimana dilansir sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool, Mr Bean menerangkan setelah ‘menonton’ film fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim” adalah penyebab utama ia menemukan hidayah.

‘Mr Bean’ tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, dalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.

Bakat seniman legendaris ini tidak dimiliki oleh setiap artis komedi, diam adalah ciri khas lawakan dari pelawak yang memulai debut kariernya dari teater.

Dalam penulusuran Islampos.com, media-media mainstream di Inggris belum banyak memberitakannya. Namun sebagian media Arab 
sudah menurunkan berita Rowan masuk Islam. -islampos.com