Sedih! Saat-Saat Akhir Sebelum Dr Mursi Ditahan | Seperti yang kita maklum, Presiden Mesir,
Dr Mursi telah digulingkan daripada kerajaan (LINK). Penggulingan ini dilihat seperti satu pengkhianatan terhadapnya apabila baru sahaja memimpin
kerajaan Mesir, dirinya sudah digulingkan. Kumpulan pembangkang pula
menuntut agar pilihanraya diadakan semula diadakan bagi memilih
presiden yang
baru. Jika kita lihat ia seperti sesuatu yang dirancang dan lihatlah
apa yang akan terjadi apabila pemimpin sekular memimpin Mesir. Jom
ikuti saat-saat akhir
sebelum Dr Mursi ditahan.
‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah,
Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus
berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.
“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.
Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.
Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela.
Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.
Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat
gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh
anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada
berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.
“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,”
katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan
tenang.
Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai
lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah
dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima
anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?
Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.
“Tuan Presiden,
kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.
“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir.
Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,”
katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.
Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama
tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.
“Tuan…rakyat, ulama, hakim dan anggota keselamatan, Perdana Menteri
Hesham Kandil semuanya mendesak tuan untuk berundur. Terlalu banyak
kesilapan yang telah tuan lakukan. Banyak jawatan kerajaan tuan serahkan
kepada Ikhwanul Muslimin, masalah ekonomi gagal ditangani.
Berundurlah!,” pinta Abdel.
“
Kamu langkah mayat aku dulu!,” Mursi mengulangi kata-katanya itu.
Hakikatnya, puluhan kereta perisai telah ditempatkan di jalan-jalan
utama sekitar bandar Kaherah. Puluhan khemah didirikan oleh penyokong
anti Mursi dan
pejabat Ikhwanul Muslimin juga sudah beberapa kali di pecah.
“Sekiranya tuan tidak mahu mengikut arahan kami, saya menggunakan
kuasa sebagai menteri untuk mengarahkan tuan dan pengikut lain dikenakan
perintah tahanan di rumah. Tuan dan pengikut lain tidak dibenarkan
keluar, semua talian media dan telefon terpaksa diputuskan. Ini ARAHAN
TERAKHIR KAMI!,” katanya dan terus berlalu meninggalkan Mursi.
“Jangan susah ALLAH sentiasa melindungi kita dan ada penyelesaian untuk masalah ini.
Anda jangan melawan dan hanya mengikut arahan sahaja, biarkan mereka berkuasa tetapi yakinlah ALLAH akan membantu kita,” katanya kepada pengikut beliau yang mulai kecoh.
Kira-kira setengah jam kemudian, sepasukan tentera komando menyerbu
ke rumah itu mengacukan senapang ke arah ahli pergerakan Ikwanul
Muslimin.
“Jangan halang tugas kami! Kami menerima arahan untuk membawa Mursi pergi!,” kata seorang komando.
“Jangan! Jangan! Jangan! Tidak kamu tidak boleh buat begitu, Tuan
Mursi tidak melakukan kesalahan dan atas tujuan apa dia ditangkap dan ke
mana dia akan dibawa? Biarkan aku ikut serta, tangkaplah aku sekali,
aku rela berjuang bersama dia?” teriak timbalan ketua pergerakan itu,
Rashad Bayoumi.
“Itu bukan urusan kamu!,” balasnya.
“Tuan sila ikut kami!” Lengan Mursi digenggam dan pemimpin itu akur mengikut arahan.
Di ruang rumah itu jugalah puluhan media berkumpul untuk menjadi saksi penahanan Mursi.
“
Tentera telah membawa Mursi pergi dan kami yakin Abdel tidak akan melayan tuntutan kami.
Kami naif….Kami tidak sangka Jeneral mengkhianati Presiden yang
melantiknya dahulu,” kata jurucakap Ikhwan Muslimin, Murad Ali kepada
sekumpulan media.
“Anda yakin Mursi tidak akan meletakkan jawatan selepas ditahan?,” tanya seorang wartawan.
“Tidak! Kami dan beliau sanggup dipenjarakan, Mursi tidak akan memberikan kuasa kepada tentera,” katanya.
“Adakah anda sedar tempoh 48 jam telah berakhir tetapi kenapa Tuan Presiden masih berdegil?,” tanya wartawan itu lagi.
“
Wahai pemberita anda perlu tahu pada 23 Jun lalu arahan itu
datangnya dari cetusan idea Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson!
Adakah kamu tahu, Asaad el-Sheikh dan Rifaah el-Tahtawy adalah sekutu
AS. AS selama ini berpura-pura simpati terhadap nasib tentera Mesir
berpangkalan Port Said dan Ismailia di Terusan Suez adalah SANDIWARA!
“Kamu tahu tujuan AS bersimpati adalah mahu mewujudkan sekutu tentera
yang baru!, Adakah anda ingin membiarkan perkara itu berlaku? Di
manakah maruah Umat Islam dan anda sebagai rakyat Mesir?” jelas Ali.
************
“Najlaa, aku rasa demi keselamatan kamu, anak-anak dan cucu kita,
elok la kita berpindah. Istana Ittihadiya tidak selamat. Aku dapat
rasakan kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahanku akan berlaku
pada 30 hari bulan ini. Kita belum terlambat. Masih ada enam hari untuk
kita bersiap dan mengemas. Bawalah Al-Quran, pakaianmu dan sejadah lebih
supaya senang pengikutku untuk berjemaah di rumah kelab nanti,”
katanya.
“Baik dan segala tuntutanmu akan ku penuhi. Kamu jangan bimbang keselamatan kami dilindungi ALLAH,” kata wanita tabah itu.
Sejurus tiba di rumah kelab, kelihatan barisan puluhan tentera
mengawal di sekitar kediaman itu. Berpakaian lengkap dengan senjata.
“Helo, Tuan Presiden. Abdel sini. Tuan tahu apa yang berlaku di luar sana?”
“Ya saya tahu Jeneral.” kata Mursi pendek.
“Tuan, tempoh 48 jam makin hampir. Jangan lupa perjanjian kita. Apa
kata, kalau kami menawarkan pelindungan keselamatan untuk tuan dan
keluarga dengan meninggalkan Mesir dan pergilah ke Turki, Libya atau ke
tempat lain. Asalkan tuan melepaskan jawatan,” pintanya.
“Kamu langkah mayatku dahulu!. Assalam ‘alaikum!” Ganggang terus diletakkan.
‘”Astaghfirullah, Subhanallah, ALLAHHU AKBAR…” bisiknya di dalam hati.