![]() |
POKOK ANGGUR |
CUKA ANGGUR
KHASIAT CUKA ANGGUR :
![]() |
CUKA ANGGUR |
Buah anggur mengandung flavanoid,
antioksidan yang akan membantu memperlambat proses penuaan akibat radikal
bebas. Buah anggur SANGAT kaya vitamin A, C, B6, folate, serta mineral penting
(potassium, kalsium, zat besi, fosforus, magnesium, dan selenium). dan juga
CUKA ANGGUR mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin yang sangat baik untuk badan
& kesihatan.
Grape vinegar is a real medicine.
Antara khasiat & kelebihannya:
Boleh melangsing badan dan meremajakan
sel-sel kulit, caranya sama seperti menggunakan cuka epal dan kurma – masukkan
2 sudu besar cuka angggur bersama 1 sudu besar madu ke dalam segelas air
kosong, kacau sebati & minum (3 kali sehari = sebelum sarapan, makan
tengahari & makan malam).
Cuka anggur membantu penyerapan kalsium,
mengawal paras gula darah, melancarkan penghadaman & menentang bakteria
berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap kencing manis – type 2).
Gosokkan cuka anggur (un-deluted) ke
bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol yg tersumbat. Kulit
beransur lembut, licin & cerah.Ratakan campuran cuka anggur & air
mineral ke seluruh wajah anda menggunakan pad kapas (seperti memakai ‘toner’)
untuk menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka, mengeringkan
jerawat & mengawal kulit berminyak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas
bersih. Lakukan setiap malam sehingga nampak kesan.. pejam mata ketika
melakukannya untuk elak pedih mata.
1 sudu besar cuka anggur dikacau bersama
segelas air & diminum sebelum tidur boleh meredakan masalah keletihan &
sakit-sakit badan serta memudahkan tidur.
Cuka anggur boleh merawat radang kulit
& keadaan kulit yg merekah & pecah-pecah. Caranya, sapu cuka anggur ke
bahagian kulit yg bermasalah itu. Untuk bahagian tumit kaki yg pecah-pecah,
rendamkan kaki anda ke dalam sebesen air bercampur cuka anggur (sediakan 1
besen air suam, masukkan 1 cawan cuka anggur ke dalamnya & rendam kaki anda
selama 20 minit, kemudian cuci bersih lama-kelamaan kesan rekahan &
pecah-pecah beransur hilang.
minta nak copy
BalasPadam