PENGUNJUNG KAMI

Jumaat, 28 Jun 2013

AIR ZAM ZAM

KAMI MENJUAL AIR ZAM ZAM DENGAN HARGA SEPERTI BERIKUT :

10 LITER = RM 115

500ml = RM10




SLIM BERRY : PRODUK TERBARU PUTERI ALYA

SLIM BERRY

Image 01
RM 60.00

SlimBerry adalah produk baru Puteri Alya yang dirumus khas untuk pelangsingan badan bagi Lelaki dan Wanita yang berumur 20 tahun ke atas.
 Puteri Alya telah memperkenalkan SlimBerry sebagai alternative lain bagi sesiapa yang menginginkan bentuk badan yang ramping, anggun dan menawan yang sangat di idamkan oleh semua! 
Ianya terdiri daripada bahan-bahan yang terbaik untuk pelangsingan badan antaranya ialah Apple Fibre, Oat Fibre, Psyllium Husk, Senna Leaf Extract, Acai Berry, Garcinia Extract, Mixed Berries, dan Hoodia Gordonii Extract.
 Bagi yang sangat menjaga bentuk badan dan kesihatan tubuh badan, sangat sesuai untuk mengambil Slim Berry. “Sayangilah bentuk badan anda”.

Slim Berry sesuai diminum oleh lelaki dan wanita yang berumur 20 tahun ke atas yang sangat menitikberatkan bentuk badan dan sesiapa yang menginginkan mendapatkan pinggang yang lebih ramping. Slim Berry juga boleh diminum sebagai langkah pencegahan.


Cara-Cara Pengambilan Slimberry


Cara Pengambilan:
Slimberry
1 hari 1 sachet diambil semasa perut kosong sebelum sarapan atau Malam sebelum tido. Perlu Dibancuh dengan Air Kosong

1 kotak mengandungi 15 sachet.

1 sachet 15 gram.
Harga : RM60.00

Bahan-Bahan Apple Stem Cell


Bahan-Bahan Penerangan
Khasiat Apple Fiber
• Mengawal kandungan Kolestrol secara semula jadi
• Mampe membuang lemak di dalam badan
• Membuang toksin di dalam kolon
• Mengawal fungi sistem usus
• Mengatasi masalah sembelit


Oat Fiber
• Mengandungi serat larut untuk menyerap kandungan Kolestrol di dalam badan
• Melindungi sistem usus
• Mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E
• Mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.


Psyllium Husk
• Mengurangkan masalah Kolestrol dalam darah
• Mengawal berat badan
• Menstabilkan ketidak seimbangan hormon
• Mengawal gula dalam darah
• Membuang angin di dalam badan
• Merawat pedih ulu hati


Khasiat Acaiberry
• Memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan
• Membantu menurunkan berat badan
• Anti penuaan
• Menguatkan sistem Imunisasi badan
• Mengatasi masalah senggugut
• Mengatasi masalah tekanan darah


Khasiat Senna Leaf
• Melangsing tubuh badan
• Membuang kolstrol di dalam badan
• Membuang toksik di dalam badan
• Mengawal metabolisma di dalam badan
• Mengurangkan lemak di dalam badan


Khasiat Garcinia Extract
• Mengurangkan proses pembentukan lemak dalam badan.
• Merendahkan kolestrol.
• Mengurangkan selera makan yang mengandungi karbohidrat.
• Membantu proses metabolisme
• Boleh menguatkan gigi.


Khasiat Mixed Berries
• Menurunkan berat badan
• Meningkatkan kekuatan dan daya tahan
• Menyokong kesihatan penuaan
• Meneutralkan radikal bebas
• Sumber Vitamin C, Kalsium,besi dan Kalium
• Menambah Paras tenaga
• Aktiviti anti-radang
• Memutihkan kulit
• Melindungi kulit daripada sinaran matahari
• Mengurangkan tahap kolestrol
• Meningkatkan imunisasi dan kekuatan badan

PEMBELIAN SECARA ONLINE HUBUNGI :
012-7364429

Isnin, 17 Jun 2013

[VIDEO]Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W Dibawa Pulang Kembali Ke Chechnya





Subhanallah.. Lihatlah bertapa sanjungnya penduduk-penduduk Arab terhadap Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Beratus-ratus bijik kereta Polis dan pengiring serta beribu-ribu rakyat mengiringi “Bekas Minuman” Rasulullah untuk tatapan umum.
Bertapa sanjungnya mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W sehingga menitiskan air mata apabila dapat menyentuh bekas minuman milik Rasulullah.
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov  telah memindahkan bekas minuman yang dikatakan pernah digunakan oleh Nabi SAW dari London ke Chechnya.
Usia bekas minuman tersebut dikatakan sudah menjangkau 14 kurun yang menguatkan lagi dakwaan ini. Kadirov telah berusaha sedaya upaya memindahkan bekas minuman tersebut ke negaranya
Setibanya di lapangan terbang Grozny, ia telah disambut dengan meriah dan kemudian dibawa pula ke Masjid Besar Grozny dalam konvoi besar dengan diringi kereta-kereta mewah.
Presiden Ramazan Kadirov telah diringi oleh Haji Ahmad Kadirov pengerusi Majlis Ulama Chechnya dalam upacara yang diadakan secara penuh meriah itu.
Turut dibawa ialah dua helai karpet yang pernah menutup makam Nabi SAW dalam tempoh yang agak lama. Menurut Kadirov.
Sejarah bekas minuman berkenaan asalnya berada dalam simpanan salah seorang keturunan Nabi SAW sehinggalah akhirnya setelah melalui tempoh yang panjang ia tersimpan di London.
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

“Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Presiden Republik Chechnya, Ramazan Kadirov memuliakan bekas minuman itu sebagai memuliakan kedudukan Nabi SAW yang pernah menggunakannya. Ia juga disebut sebagai tabarruk (mengambil keberkatan) dengan kesan peninggalan Nabi SAW. Apatah lagi amat banyak dalil sahih yang mengharuskannya, sama ada di dalam Sahih al-Bukhari dan lain-lainnya.

Keterangannya adalah seperti berikut:

Ummu Salamah menyimpan beberapa helai rambut Nabi SAW yang berwarna kemerah-merahan di dalam sebuah bekas seperti genta. Apabila terdapat orang yang sakit, maka mereka bertabarruk dengan rambut tersebut, memohon kesembuhan dengan keberkatannya. Dengan merendam sehelai dari rambut tersebut ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air, maka orang yang sakit tersebut akan meminum air dari rendaman rambut tersebut. Dengan keberkatan rambut Nabi SAW, maka mereka disembuhkan oleh Allah daripada penyakit yang dihidapi.
(Al-‘Aini; ‘Umdah al Qari, Syarh Sohih al Bukhari, 22:49)


VIDEO ASAP DAN API KELUAR DARI YAMEN


TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


VIDEO ASAP & API KELUAR DARI  NEGARA YAMEN


15 Tanda Qiamat Kecil Kini Sudah Lengkap


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


  • 1) Penaklukan Baitulmuqaddis

  • Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

  • 2) Zina bermaharajalela

  • “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

  • 3) Bermaharajalela alat muzik

  • “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
    ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

  • 4) Menghias masjid & membanggakannya

  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

  • 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

  • “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

  • 6) Ramai orang soleh meninggal dunia

  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

  • 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

  • “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

  • 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

  • “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad 

  • 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

  • Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. 

  • 10) Bulan sabit kelihatan besar

  • “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

  • 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

  • “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

  • 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

  • “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

  • 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

  • 14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  •  

  • “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

  • 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

  • “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
    Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

    Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
    (H.R Muslimi)
    Keterangan:
    Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
    Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
    Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
    Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
    Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
    Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
    Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
    Gempa bumi di Timur.
    Gempa bumi di Barat.
    Gempa bumi di Semenanjung Arab.

    Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

    Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
    Sumber: Islamic Eschatology
    http://www.islamituindah.my/tanda-tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap-sempurna

    IKAN DUYUNG DIRAKAM DI PANTAI ISRAEL


    IKAN DUYUNG DITEMUI DI PANTAI KIRYAT YAM ISRAEL