PENGUNJUNG KAMI

Rabu, 30 Januari 2013

AWET MUDA GOLD




RM 140

KELEBIHAN AWET MUDA GOLD

* Bertindak 3 kali lebih cepat berbanding AWET MUDA biasa.
* Membantu menganjal, menegang, menghalus dan mencerahkan kulit
* Meningkatkan keindahan wajah
* Menganjal kembali payudara dan punggung
* Membantu keintiman hubungan suami isteri
* Kaya dengan vitamin dan galian
* Membantu memulih tenaga batin wanita
* Memberi tenaga dan kesihatan pada badan
* Mengatasi masalah dalam wanita seperti sengugut, keputihan dan lain-lain
* Membuang angin dan toksin dalam badan
* Mendapatkan bentuk badan yang ideal
* Sesuai untuk semua golongan wanita


KHASIAT BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM AWET MUDA GOLD

GLUTATHIONEASTAXANTHINL-CARNITINE
* Memutihkan kulit, menghilangkan bintik hitam.
* Menghindari pigmen serta mengawal & mencegah kesan jerawat dan parut.
* Mengecilkan pori-pori & menjadikan kulit lembut,licin, segar & berseri
* Membantu melambatkan penuaan dan merawat rambut gugur.
* Mengawal gula dalam darah dan diseimbangkan ke paras normal bagi penyakit diabetis.
* Pengurangan kolestrol dalam darah.
* Menjadikan kulit cantik tanpa kedut dan tompok hitam. 
* Dapat melindungi terhadap penyakit otot.
* Berpotensi sebagai diet tambahan.
* Dapat meningkatkan tenaga dan aktiviti pada orang dengan penyakit jantung kongestif.



TESTIMONI

Pn Aini (Melaka) 
Saya berumur 25 tahun. Pada usia remaja, kitaran haid saya tidak teratur. Saya juga sering mengalami masalah senggut. Tiap-tiap bulan saya pasti akan ke hospital untuk mendapatkan ubat bagi mengatasi masalah senguggut saya. Setelah berkahwin selama 8 bulan, masalah saya ini masih belarutan. Pihak mertua juga sering bertanya bila saya akan mengandung dan mendapatkan zuriat. Pelbagai jenis produk telah saya gunakan untuk mengatasi masalah ini, namun masih tidak berhasil. Pada suatu hari saya menceritakan masalah saya pada seorang kawan. Kawan saya ini telah memperkenalkan kepada saya produk Puteri AlyaAWETMUDA GOLD. Setelah mencuba sekotak, hasilnya amat memberansangkan. Masalah senguggut dan kitaran haid yang tidak teratur berjaya di atasi. Alhamdulilah perkara yang paling mengembirakan saya sekeluarga adalah, saya telah disahkan mengandung dua bulan. Terima kasih kepada Puteri Alya. Kepada semua wanita di luarsana, cubalah AWETMUDA GOLD untuk mengatasi masalah dalaman anda. Saya doakan Puteri Alya terus maju dan berkembang dimasa akan datang


Masfuzah bt Rastari
Saya berumur 48 tahun. Saya telah menggunakan Produk Puteri Alya AWETMUDA GOLD sebanyak 2 kotak, Alhamdulilah kesannya amat memberangsangkan. Masalah jeragat dimuka, keguguran rambut, dan kelumumur berjaya di atasi. Selain itu, kulit saya kelihatan lembab dan bertambah gebu. Suami juga bertambah sayang, terima kasih Puteri Alya kerana mampu mengatasi masalah yang saya hadapi.



PRODUK BARU HIRAQ : SUSU KAMBING CAPPUCCINO

SUSU KAMBING CAPPUCCINO

RM 29.90

Selasa, 29 Januari 2013

PRODUK BARAKA

MEMPERKENALKAN:

BARAKA

RM 16.00

URINEX

RM 16.00

BARAKA KIDS

RM 12.00





Jumaat, 25 Januari 2013

KISMIS ALWAFI RM10.00



RM10.00

Insya'allah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran. Al Wafi kismis minda telah dibacakan dengan ayat-ayat yang khusus dari Al-Quran Al Karim oleh Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus / Haji Alwi Kamus.

Khasiat :
-menguatkan daya ingatan
-mengubati penyakit lupa
-mencerdaskan minda  
-membersihkan hati  
-mencerahkan mata




Selasa, 22 Januari 2013

KISAH JADI TAULADAN


Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat

Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat  | Bercakap tentang pergorbanan para sahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam. Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

SEKADAR PERINGATAN


Di Saudi Turun Salji Tanda Jelas Akhir Zaman

Sesuatu yang janggal berlaku Rabu (9/1/2012) di Arab Saudi. Worldbulletin menurunkan berita bahawa Tabuk-salah satu lokasi perang yang berlaku di zaman Rasulullah-diguyur salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihentam badai yang sangat dahsyat.

Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.
Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang berlaku itu. Jalan-jalan terutama yang menuju Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.

Para pegawai keselamatan, kawalan lalulintas, serta pertugas kesihatan diterjunkan ke pelbagai tempat berbeza guna memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pengarah lalulintas jalan raya Tabuk Brig. Muhammad bin Ali An-Najjar memberi amaran kepada para pelancong agar berhati-hati ketika memandu di atas jalan yang terjal dan licin di kawasan pergunungan. Dia juga meminta mereka supaya mematuhi had kelajuan dan menghubungi pegawai jika memerlukan bantuan atau maklumat.

Jurucakap dari Pejabat Pertahanan Awam di Tabuk Brig. Mamduh al-Enizi menasihati agar pelancong menjauhi lembah dan laluan banjir, tidak naik ke tempat tinggi dan tempat-tempat yang ditutupi salji.
Jabatan Kesihatan di Tabuk menerjunkan kenderaan-kenderaan ambulan yang berperalatan lengkap di daerah-daerah tersebut.

Jalan-jalan yang mengarah ke kawasan gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dijejali kenderaan dari arah bandar Haql dan Bada. Hujan turun di beberapa bandar di Saudi hari Rabu kemarin.
Tabuk terletak sekitar 1500 km dari Riyad (Ibukota Arab Saudi).
Sebenarnya ini bukan kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.

Para pemandu yang kebetulan melintas di jalanan Tabuk sengaja berhenti dan bermain salji dengan gembiranya, melompat, berguling-guling dan bersalto. Mereka tampak gembira sekali dan sama sekali tidak menyangka bahawa negaranya diguyur salji sedemikian rupa.


SUMBER:MYBERITA.COM

Rabu, 16 Januari 2013

PRODUK TERBARU: AYAM SUFI

AYAM ORGANIK SUFI


RM 17.50/PEK
PENGEDAR DI PERLUKAN DISEKITAR PASIR GUDANG.

SILA HUBUNGI KAMI : 

019-7835476/019-7655476