PENGUNJUNG KAMI

Isnin, 27 Januari 2014

BEAUTY UMAIRA : 1001 RAHSIA LELAKI





Umar 1001 Rahsia Lelaki


Manly Umar 1001 Rahsia Lelaki mengandungi herba terpilih untuk kesihatan lelaki seperti Saw Palmetto,Tongkat Ali,Macca,Tribulus Terrestris,Mulra Puama, Ashwaganda (ginseng india),Biji Labu, Epimedium, serbuk madu,Garcinia Cambogia,Tamarind ,Payllium Husk dan perasa Lemon
Cara menggunakan :
campurkan 1 sachet Manly Umar 1001 ke dalam 180ml air biasa kacau hingga larut. 1 sachet sehari.
Kandungan : 30 sachet
Manfaat:
1. Meningkat tenaga kelakian
2. Memekatkan air mani dan menyuburkanya
3. Mengatasi masalah cepat pancut (pra ejakulasi)
4. Menambah tenaga batin
5. Menguruskan badan
6. Menghilangkan perut buncit
7. Mengeras,membesar,memanjangkan zakar
8. Meransangkan keinginan jimak
9. Menegang dan mencantik kulit
10. Mengatasi masalah prostat dengan kecil tak lawas

BEAUTYUMAIRA : Raudhah Healthy




Raudhah Healthy (utk tulang rawan,kesihatan jantung dan awet muda
Beauty Umaira melancarkan product terbaru Raudhah dibuat utk sakit urat saraf, tulang dan sendi.
Bahan aktif yg ada dalam raudhah antaranya, Kolagen Marin, tomato, Rossel, Acerolla Cherry, Ashwaganda dan Astaxanthin
Khasiat dan keistimewaan Raudhah Healthy antaranya:
* Memelihara kesihatan kulit, kuku dan rambut
* Memelihara kesihatan Mata
* Membantu menyeimbangkan tekanan darah
* Membantu mengurangkan risiko Migraine dan Stress
* Membantu memelihara dan meningkatkan kesihatan tulang rawan dan kesihatan sendi-sendi sesuai dengan peningkatan usia.
* Membantu mengurangkan kesan penuaan akibat aktiviti radikal bebas
* Merangsang kecergasan dalam hubungan suami isteri
* Mengurangkan risiko kanser, merendahkan kandungan kolestrol dan memelihara kesihatan jantung

Cara-cara Penggunaan:
1 Sachet Raudhah Healthy dicampur dengan 180ML air biasa ,dikacau atau gunakan shaker sebagai permulaan ambil 2 sachet sehari 1 jam sebelum makan, pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Rabu, 22 Januari 2014

Perlis Dijangka Akan Menjadi Tempat Paling Sejuk Di Malaysia

Perlis yang terletak di utara Semenanjung sekali lagi berdepan cuaca luar biasa.Berlainan tahun lalu yang menyaksikan kepanasan melampau melanda Perlis, kini penduduk berdepan 'musim dingin' pada sebelah malam.

2
FPemandangan di Kangr Perlis (Gambar Hiasan)

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekali gus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.
Untuk tempoh dua minggu akan datang, Perlis dijangka mencatatkan suhu antara 24 darjah celsius hingga 34 darjah celsius.
Menurut laporan kaji cuaca, Perlis mungkin mengalami hari paling sejuk pada Sabtu ini (25 Januari) apabila Kangar dijangka mencatat suhu paling rendah 20 darjah celsius.
Jurucakap Jabatan Meteorologi pula memberitahu bahawa Perlis sedang mengalami musim berangin dan keadaan itu akan mempengaruhi 'rasa sejuk' penduduk negeri tersebut.
Untuk maklumat, Perlis sebelum ini turut mengalami cuaca luar biasa pada tahun lalu apabila mencatatkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celsius pada April, Mei dan Jun.



Pada masa itu, terdapat penduduk Perlis yang bertindak 'memasak' telur separuh masak dengan cara meletakkan telur ayam dalam kereta.
Pada 9 April 1998 pula, Perlis berjaya mencipta rekod paling panas apabila mencatatkan suhu 40.1 darjah celsius sekali gus mendapat jolokan negeri ketuhar.
Tanpa disangkakan pada tahun ini, cuaca negeri itu tiba-tiba berubah sejuk sehingga ramai penduduknya terpaksa memakai pakaian tambahan ketika keluar rumah pada waktu malam.
Sumber: Republic of Anak Perlis – Roapers
Ada juga rakan kami memberitahu bahawa suhu di sekitar negeri Utara seperti Kedah dan Perlis memang mengalami cuaca sejuk yang agak luar biasa, jika tahun-tahun sebelum ini, negeri-negeri di Utara sememangnya suhu di awal tahun amatlah panas dan kemarau sering kali berlaku pada awal tahun.
Berlainan pula dengan peralihan cuaca yang berlaku pada tahun ini, suhu sejuk yang luarbiasa ini berlaku pada waktu malam, dan ia dapat rasakan seperti suhu apabila kita berada di kawasan tanah tinggi.

Ahad, 5 Januari 2014

Bumiputera pertama hasilkan susu formula (SUSU ILHAM)

Bumiputera pertama hasilkan susu formula


Perkembangan minda dan tumbesaran kanak-kanak yang baik dipengaruhi pemakanan terbaik.

Menyedari hakikat itu, Pengarah Urusan Ebunda Sdn Bhd, Sofiya Arshaf menghasilkan susu formula yang dinamakan Ilham pada 2010.

Sofiya berkata, minat yang mendalam dalam bidang pemakanan adalah satu bonus kepadanya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan susu formula khusus untuk kanak-kanak.

“Pada peringkat permulaan, saya menghasilkan susu formula ini dan diberikan kepada anak-anak saya sendiri, anak kepada saudara–mara dan kawan rapat selama enam bulan.

“Alhamdulillah, sepanjang waktu itu, saya mendapat maklum balas yang baik. Mereka menyokong saya untuk memasarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, graduan lulusan teknologi makanan dari sebuah universiti tempatan itu tidak menafikan ada juga kenalan dan pihak lain yang meragui kemampuan beliau dalam menghasilkan susu formula tersebut.


Mahu bekal makanan sunnah

Sofiya menceburi bidang tersebut kerana menyedari kepentingan makanan halal dan keperluan mengamalkan corak pemakanan mengikut sunnah Rasulullah.

“Saya memulakan perniagaan ini dengan melakukan kajian terlebih dahulu bagi memastikan kanak-kanak mendapat susu formula yang terbaik.

“Kebanyakan pengeluar susu formula di negara ini berasal dari negara luar. Alhamdulillah, pada peringkat permulaan, saya menerima maklum balas yang baik dan beberapa bulan selepas itu ia menunjukkan perkembangan positif walaupun Ilham adalah produk keluaran tempatan,” katanya.

Beliau juga menjadi usahawan Bumiputera pertama menghasilkan susu formula tersebut untuk kanak-kanak berumur 1, 2, 3 dan 4 tahun yang turut didatangkan dalam perisa coklat dan vanila serta dilengkapi 30 juzuk terapi ayat al-Quran.

“Ilham adalah susu yang diformulasikan khas untuk merangsang dan menguatkan perkembangan minda. Saya mendapat maklum balas daripada pembeli bahawa susu Ilham membantu memberikan perubahan rohani dan jasmani anak-anak mereka.

“Ramuan susu ilham mengandungi gabungan bahan berkhasiat seperti susu lembu asli, badam, kismis, kurma, gingko biloba dan maca.

“Untuk mengimbangi perkembangan anak-anak dari segi rohani dan jasmani, ia turut dilengkapkan dengan 30 juzuk terapi ayat Al-Quran yang pertama di dunia,” katanya.


Keluar modal sendiri

Sofiya berkata, modal permulaan bagi menjalankan perniagaan itu adalah RM1 juta yang merupakan wang simpanannya sendiri.

“Kami mendapatkan bekalan susu tepung dari New Zealand. Produk ini 100 peratus Islamik kerana pemprosesannya dilakukan dengan teliti dan mengikut lunas Islam.

“Selepas tiga tahun beroperasi, SME Corporation Malaysia menawarkan kilang di Kajang, Selangor. Saya juga mendapat bantuan dan panduan perniagaan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

“Untuk memasarkan produk, saya menyertai pelbagai aktiviti dianjurkan agensi kerajaan ini untuk mempromosikan produk saya di pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Selepas empat tahun berada di pasaran, produk Ilham kini mempunyai 530 pengedar dan di banyak pasar raya besar di seluruh negara.

“Susu Ilham dipasarkan di Aeon Big sejak 2011 dan di pasar raya Mydin. Kami merancang untuk menambah saluran jualan dengan memasuki beberapa lagi pasar raya besar lain, tahun ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat beliau kini mempunyai kapasiti pengeluaran 100,000 pek sehari susu formula Ilham.
 

Bukan mudah sampai ke tahap ini

Sama seperti usahawan lain yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan mereka, Sofiya mengakui beliau juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai masalah.

Antaranya adalah jenama Ilham digunakan oleh pengeluar susu formula lain untuk melariskan susu yang mereka hasilkan, sehingga menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan beliau.

“Saya menerima banyak aduan mengenai perkara ini. Alhamdulillah, pelanggan cepat menyedari kesilapan mereka memilih susu yang tidak ada kena-mengena dengan Ilham.

“Susu formula adalah barang terkawal dan ia sangat sensitif kerana kanak-kanak mempunyai deria rasa yang tajam mengenai susu,” katanya.

Bagaimanapun, Sofiya bersedia untuk memberi panduan kepada pihak lain yang ingin menghasilkan susu formula sepertinya.

“Sekiranya mereka ingin berniaga susu formula, saya bersedia membantu kerana perniagaan ini perlu dikembangkan dan mewujudkan persaingan yang sihat,” katanya yang tetap berfikiran positif walaupun berhadapan masalah seperti itu.


Hasil susu untuk orang dewasa

Menurut Sofiya, syarikatnya bakal melancarkan dua produk terbaru iaitu Ilham Safiya khusus kepada ibu mengandung dan satu lagi susu untuk orang dewasa.

“InsyaALLAH, kedua-dua produk ini akan dilancarkan pada Februari ini. Saya juga sedang membina kilang sendiri di Bangi dan dijangka akan mula beroperasi tahun ini,” katanya.

Sofiya berkata, walaupun baru berusia empat tahun, susu Ilham telah mendapat tempat di hati masyarakat di negara ini dan beberapa negara luar.

“Kami sedang berbincang untuk melebarkan perniagaan ini di beberapa negara antaranya di Singapura, Dubai dan China,” katanya.

Menurutnya, individu yang ingin menceburi perniagaan perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri, minat, kemahiran dan berani mengeluarkan modal serta tidak berputus asa ketika menghadapi masalah.

“Kita perlu menerima masalah yang dihadapi dengan positif,” katanya.

SUMBER :SINAR HARIAN