PENGUNJUNG KAMI

Sabtu, 28 Julai 2012

PENAPIS AIR HIJRAH




HIJRAH Bio Ionize Alkaline

                     - Magnetik
                     - Hidrogen
RM1,300.00 Seunit   -  Jaminan 3 Tahun






HIJRAH Bio Crystal
RM 590.00 Seunit
Jaminan 1 Tahun




 HIJRAH Bio Ionize Alkaline 

                     - Plus Mineral
RM 936.00 SeunitJaminan 2 Tahun
Bulanan (RM45.00 x 20bulan) +
Bayaran akhir (RM36.00 x 1bulan)


AIR MINERAL HIJRAH

http://www.hijrahwater.com/kristalmineral/images/stories/h20_front.png

KELEBIHAN AIR MINERAL KRISTAL:
  • Tahan Lapar Ketika Berpuasa
  • Bertenaga Ketika Solat Terawih
  • Pemanduan Jarak Jauh
  • Tambah Oksigen Dalam Sel
  • Baik Untuk Ahli Sukan
  • Penyakit Gastrik
  • Membuang Air Kecil & Besar
  • Haid Tidak Menentu
  • Mengurankan Berat Badan
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Letih & Mengantuk
  • Stabilkan Kandungan Dalam Darah
  • Sakit Kepala atau Migrain
  • Lelah & Melapangkan
    Saluran Penafasan
  • Gout
  • Membuang Lendir Berlebihan
    Pada Paru-paru
  • Menstabilkan Denyutan Jantung
  • Menghilangkan Bau Badan & Kaki
  • Awet Muda



Selasa, 24 Julai 2012

SOLAT TERAWIH

Hikmah solat tarawih


SOLAT tarawih walaupun tidak diwajibkan ke atas orang Islam, namun ia membawa kelebihan tersendiri jika dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. - Gambar hiasan


PADA bulan mubarak ini elok sangatlah kita bersama-sama bermuhasabah tentang amal ibadah kita. Antaranya ialah solat tarawih yang hanya setahun sekali dapat kita laksanakan.
Tarawih bermaksud berehat-rehat atau bersenang-senang. Oleh itu, solat tarawih dianjurkan untuk dilakukan secara berjemaah dan diselang-selikan dengan doa dan selawat seperti yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita agar para jemaah dapat menikmati ibadah dalam penuh kekhusyukan dan ketenangan.
Solat tarawih dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW pada malam-malam bulan Ramadan. Kali pertama, baginda keluar ke Masjid Nabawi untuk bersolat tarawih dan diikuti oleh sebilangan sahabat.
Begitu juga pada malam kedua dan pada malam ketiga. Bilangan sahabat semakin ramai dan menanti untuk mendirikan solat tarawih bersama Baginda. Akan tetapi, Baginda tidak keluar untuk bersolat dengan sahabat.
Pada keesokan paginya, Baginda bersabda: "Sungguh aku telah menyaksikan apa yang kamu semua lakukan. Tidak ada yang menghalangku untuk keluar (solat tarawih) bersama kamu semua selain aku khuatir sekiranya ia difardukan kepada kamu semua."
Tidak keluarnya Rasulullah SAW untuk melaksanakan solat bersama sahabat pada waktu itu adalah kerana Baginda SAW khuatir jika dilakukan terus-menerus ia akan menjadi wajib ke atas umatnya.
Itulah tanda kasih sayang Baginda pada umatnya, walhal ada riwayat dari Aisyah yang mengatakan setelah Baginda pulang mengerjakan tarawih di masjid, Baginda menyambung solatnya sehingga hampir subuh dan tidak kurang daripada 20 rakaat, bahkan lebih dari itu yang dikerjakan oleh Baginda.
Dewasa ini para umatnya mengambil kesempatan atas keprihatinan Baginda sehingga meringankan ibadah tarawih, bahkan timbul perbalahan tentang bilangan rakaat solat terawih.
Solat tarawih ialah solat sunat bagi lelaki dan wanita yang dilakukan setelah solat Isyak sebelum solat witir pada bulan Ramadan. Ia ditunaikan secara berjemaah dengan memberi salam pada setiap dua rakaat.
Dari Abu Hurairah, dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat mementingkan solat malam bulan Ramadan dengan perintah yang tidak mewajibkan.
Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan solat tarawih dengan penuh keimanan dan pengharapan (akan keredaan Allah), maka diampunkan dosanya yang telah lalu."
Tentang bilangan rakaat solat tarawih, jumlah tersebut (20 rakaat) dijelaskan oleh Saidina Umar al-Khattab melalui perbuatan ketika terakhir kali berkumpul dengan sahabat yang solat di belakang seorang imam.
Para sahabat sepakat terhadap yang demikian, begitu juga sepeninggalan beliau, para Khalifah ar Rasyidin tidak ada yang mempertikaikannya.
Seperkara lagi, kita perlu saling mengingatkan bahawa solat tarawih merupakan sunat muakkad. Namun begitu, ramai dalam kalangan masyarakat kita tersalah anggap dan tersalah lakukan.
Solat yang fardu lima waktu tidak dipelihara tetapi solat tarawih yang dikejarkan. Ini berlaku kerana umat Islam tidak menitikberatkan soal awlawiyyat (keutamaan) sehingga mendahulukan yang sunat ke atas yang fardu.
Diharapkan Ramadan tahun ini kita berubah menjadi insan kamil dan beribadah sehendaknya serta beribadah dengan ilmu agar tidak lagi menjadikan Ramadan sebagai pentas lakonan semata-mata.

SUMBER:KOSMO 24 JULAI 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium
  dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan
  atau perbuatan.

Khamis, 19 Julai 2012

ASAM PENCICAH BUAH.


ASAM PENCICAH BUAH

PENGEDAR DIPERLUKAN........

RM 4.00(400g)

RM 17.00 (1 Kg)

RM 9.00 (900g)

HUBUNGI 019-7835476/012-7785476

Selasa, 17 Julai 2012

Sabtu, 7 Julai 2012

SEKILAS PANDANG

FELDA NITAR 02.KAMPUNG AKU DAPAT ANUGERAH FELDA TERCANTIK.HADIAH NYA 
RM 1 JUTA.
 AKU MEWAKILI ANAK FELDA TUMPANG BANGGA DENGAN KEMENANGAN TERSEBUT.

Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (tengah) bersama penduduk Wilayah Segamat, Johor meraikan kejayaan selepas merangkul  Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 dengan membawa pulang RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka 2012,  di Kuala Lumpur, semalam.


Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (tengah) bersama penduduk Wilayah Segamat, Johor meraikan kejayaan selepas merangkul Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 dengan membawa pulang RM1 juta pada sambutan Hari Peneroka 2012, di Kuala Lumpur, semalam.BHARIAN 08 JULAI 2012












PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan replika cek untuk Juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2012 bernilai RM1,000,000 kepada Pengurus FELDA Nitar 2, Abdul Aziz Talib (kanan) dari Wilayah Segamat, Johor pada Majlis Hari Peneroka FELDA 2012 dan Perasmian Menara Felda di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Mokhsin Abidin
Jul 8, 2012 8:19 am

PRODUK SEJUK BEKU ENNA

RM 12.90
 Diperbuat daripada daging ayam tanpa lemak, diadun dengan rempah ratus yang terpilih dan disalut dengan serbuk roti segar yang ranggup. Ianya adalah pilihan yang terbaik sebagai snek pembuka selera yang lazat dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.


RM 12.90

Nuget Ikan adalah makanan snek yang enak dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan rendah kandungan kolesterol. Diperbuat daripada isi ikan putih segar dan dijadikan didalam bentuk yang menarik dan disalut dengan serbuk roti yang ranggup. Boleh dimakan begitu sahaja selepas digoreng dan lebih sedap jika dimakan semasa masih panas berserta dengan sos cili dan mayonis.


RM 12.90
 Jejari Ikan semakin mendapat tempat sebagai makanan snek dikalangan rakyat Malaysia. Ia mengandungi protein yang tinggi dan diperbuat dari isi ikan putih yang digaul dengan pelbagai ramuan, dibentuk empat segi bujur dan disalut dengan serbuk roti. Enak dimakan bersama sos cili dan mayonis.

RM 7.90
Produk baru yang dihasilkan dari teknologi terkini. Burger yang sungguh enak dan diperbuat dari ikan terpilih, diadun dengan teliti tanpa pengawet, pewarna dan rendah kolesterol serta baik untuk kesihatan. 






Rabu, 4 Julai 2012

DUNIA KIFAYAH

RM 165.00
Kit Pengurusan Jenazah

Segala kelengkapan untuk mandian dan mengkafankan telah siap disediakan didalam Kit ini. Ini sedikit perincian berkenaan item-item yang terkandung di dalam Kit yang bersifat Universal tersebut:
1) Kain Kapan 3 Helai
2) Kain kemban 1 Helai
3) Sarban / Tudung 1 Helai
4) Baju / Gamis 1 helai
5) Sarung Bantal / Sarung tangan kain 4 Helai
6) Tal 5 helai
7) Kapas 2 Gulung
8   Air Mawar
9) Air Sintok
10) Celak
11) Kapur barus
12) Minyak Attar
13) Sabun
14) Serbuk Cendana /Pacai
15) Apron Plastik
16) Plastik Sampah
17) Sarung Tangan getah 2 Set
18) Topeng Muka 1 set
    

PRODUK ANNUSYRAH


AIR ASY-SYIFA
(200ML)
KELEBIHAN:
  1. Ditilawahkan dengan 30 juzuk Al-Quran dan ditambah dengan doa khatam Al-Quran,
  2. doa-doa mustajab, tahlil dan Selawat-selawat Nabi S.A.W.
  3. Ditilawah secara berjemaah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan
  4. Dikenali dengan 100% Air Tilawah
  5. Ditambah dengan sedikit produk Bistari & Zaba
ZABA (Zahir Batin)
(500 ml & 50 ml)-
Sebagai ikhtiar untuk: 
-      Mengelakkan daripada gangguan makhluk halus
-      Sihir, santau, saka, hasad dengki dan irihati Sakit kepala @ migrain, sakit gigi, bengkak gusi
-      Demam dan demam dengi (berdarah) , luka, jangkitan kuman
 
BISTARI (Penerang Hati)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
-       Kecerdasan   minda anak anak, membantu peningkatan daya ingatan, hafalan,
-       Anak-anak malas ke sekolah, malas bangun pagi, malas solat, malas siapkan kerja rumah,
-       Degil, nakal yang keterlaluan (gunakan bersama Zaba)
-      Lari dari rumah, suka melepak, merempit, bohsia, bohjan (guna bersama Zaba)

ARBEE (Rawatan Barah)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Penyakit berkaitan barah, bengkak-bengkak,bisul,jerawat, penyakit kulit, gatal-gatal,        fibroid
MAEDAH (Ikhtiar Organ Dalaman)
(50 ml sahaja)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Semua penyakit berkaitan organ dalaman seperti bengkak hati, injap tersumbat, asma, lelah,         semput, gastrik, sembelit, buasir serta ulser perut
-      Cepat penat, dada berdebar-debar, fibroid, sakit jantung, lemah jantung, jantung berlubang, paru-      paru berair, sakit buah pinggang, batu karang, penyakit usus

I-DROP (Ikhtiar untuk mata dll. – Dulu dikenali Sebagai Lil-Uyun)
(10 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Semua masalah berkaitan mata, hidung, telinga, tekak, sakit perut, demam & demam        denggi            (berdarah)
-      Kanak-kanak menangis malam, sukar tidur malam, mengantuk dalam kelas

 
HAWA (Untuk Muslimat)
 (50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Semua masalah wanita, Masalah hormon tidak seimbang (guna bersamaZaba)
-      Mengandung, bersalin, dalam pantang, gila meroyan, keguguran, ikhtiar mendapatkan zuriat,  kandungan songsang, sebagai selusoh, rahim jatuh, menopous
 
30JQ (30 Juzuk Al-Quran)
(50 ml)
(Diperkuat dengan MAEDAH, ZABA serta ARBEE)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Semua jenis penyakit   
-      Saka, penyakit barah, bisul, masalah jerawat, kulit dll.
-      Memagar rumah dari kegiatan pecah rumah, samun, pukau dan lain2
-      Semua jenis penyakit berkaitan organ dalaman, gangguan makhluk halus, sihir, santau,
       NOTA : Ikhtiar untuk pagar rumah - masukkan 21 titis atau lebih 30JQ ke dalam 4 botol kecil        (ataupun boleh dicampurkanbersama sedikit air) dan tanam pada 4 penjuru kawasan rumah
 
A-MAR (Angin Ahmar)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
-      Semua penyakit yang berkaitan darah, kulit, tulang dan otot @  sendi seperti darah tinggi,
       kencing manis, lumpuh (guna bersama Zaba – jika perlu guna bersama Arbee)
-      Lengoh-lengoh sendi, sakit kulit @ gatal2 kulit/panau @ kurap
-    Melancarkan perjalanan darah haid, haid datang tidak menentu, angin medu


MINYAK ANNUSYRAH
(60 ml)
Minyak  Annusyrah  adalah  100%    minyak   Habbatus  Sauda  yang di Annusyrahkan   dengan  ayat-ayat   syifa'  dan   ayat-ayat  terpilih  dari beberapa  surah  yang  berkaitan  dengan  urat  saraf ,  tulang  dan kulit.   Diantara khasiatnya ialah :-
  • Ikhtiar untuk masalah berkaitan tulang , otot-otot dan sendi , kulit dan darah
  • Terkena benda panas , melecur atau terbakar
  • Kulit kurap, panau, gatal-gatal dan alahan
  • Lenguh ,  sengal urat dan sendi
  • Untuk semua penyakit ( Hadis Rasulullah s.a.w )


Selasa, 3 Julai 2012

SEDIKIT TAZKIRAH

KELEBIHAN NISFU SYAABAN


Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ لِمَ سُمِّيَ شَعْبَانَ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمْ. قَالَ: ِلأَنَّهُ يَتَشَعَّبُ فِيهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ.

Yang bermaksud, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.



Firman Allah,
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ.
Yang bermaksud, Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Al-Dukhaan: 4

‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menjelaskan bahawa perkataan malam pada ayat ini bermaksud malam nisfu syaaban.

                                           
Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.
Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

                        

Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَنْزِلُ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا لَيْلَةَ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ شَعْرِ غَنَمِ بَنِى كَلْبٍ.
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.

(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda,


أَتَانِى جِبْرِيلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، وَقَالَ يَا مُحَمَّدٌ هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأَبْوَابُ الرَّحْمَةِ، فَقُمْ وَصَلِّ وَارْفَعْ رَأْسَكَ وَيَدَيْكَ إِلَى السَّمَاءِ. فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذِهِ اللَّيْلَةُ؟ فَقَالَ: هَذِهِ لَيْلَةُ تُفْتَحُ فِيهَا ثَلاَثُمائَةِ بَابٍ مِنَ الرَّحْمَةِ، فَيَغْفِرُ اللهُ تَعَالَى لِجَمِيعِ مَنْ لاَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا إِلاَّ مَنْ كَانَ سَاحِرًا أَوْ كَاهِنًا أَوْ مُشَاحِنًا أَوْ مُدْمِنَ خَمْرٍ أَوْ مُضِرًّا عَلَى الزِّنَا أَوْ آكِلَ الرِّبَا أَوْ عَاقَ الوَالِدَيْنِ أَوِ النَّمَّامِ أَوْ قَاطِعَ الرَّحِمِ، فَإِنَّ هَؤُلاَءِ لاَ يُغْفِرُ لَهُمْ حَتَّى يَتُوبُوا وَيَتْرُكُوا. فَخَرَجَ النَّبِيُّ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ فَصَلَّى وَبَكَى فِى سُجُودِهِ وَهُوَ يَقُولُ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَى.

Yang bermaksud, Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.


Imam Syafi‘e berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:

Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.


Apabila tiba bulan Rejab, Rasaulullah saw berdoa dengan doa ini,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ


Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.

MOTIVASI PAGI

AISKRIM MALAYSIA

MARI KITA IMBAU ZAMAN KANAK-KANAK.

AISKRIM MALAYSIA..EHM SEDAPNYA.MAKAN WAKTU BALIK SEKOLAH & JALAN RAMAI-RAMAI.

  

 

 
SEDAPKAN....MARILAH DATANG KE KEDAI SAYA.PELBAGAI RASA,PELBAGAI PERISA.