Awas!! Ada Darah Babi di Penapis Rokok!
Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa
merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh
mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan
karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah,
denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.
Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok
mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis
Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama
rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter
rokok.
Hemoglobin atau protein darah babi ternyata
digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap
bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta
mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda,
Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.
Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman
mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan
rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi.
Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama
tersebut.
Prof Chapman mengatakan bahawa industri
rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.
Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah
dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa
diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok
tersebut.
Rokok yang mengandungi darah babi ini
ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan
untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum
asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut
jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.
SUMBER :MYBERITA.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan