PENGUNJUNG KAMI

Ahad, 15 Disember 2013

TEMPAT KAPAL LAUT PERGI DILERAIKAN/DIMUSNAHKAN





Alang yang terletak di Teluk Khambat, India ialah destinasi terakhir kebanyakkan kapal laut yang usang. Disni terdapat industri pelupusan kapal laut terbesar di dunia. Banda kecil ini melupuskan lebih dari 300 kapal laut yang terdiri daripada kapal pengangkut kapal terbang, kapal layar transatlantik, kapal kargo dan kapal pengangkut minyak setiap tahun. Industri pelupusan kapal ini sudah beroperasi lebih 50 tahun. Apabila ekonomi dunia merudum pada tahun 2010, industri pelupusan di Alang mendapat keuntungan besar. Ini adalah kerana banyak syarikat perkapalan melupuskan kapal milik mereka dari menyimpannya ketika ketiadaan pelanggan. Sebanyak 40 000 orang pekerja bekerja di 125  tapak pelupusan kapal sepanjang persisiran pantai Alang. Mereka menggunakan alatan paling asas untuk mengitar semula sebuah kapal kargo menjadi besi sekerap dalam masa hanya seminggu. Sungguhpun industri pelupusan kapal kini sedang mengaut keuntungan besar, pekerja hanya dibayar sekitar USD 3 (RM 9.70) sehari. 

Tempat pelupusan sampah ini juga merupakan antara kawasan paling bahaya didunia kerana pencemaran dan tahap keselamatan yang rendah. Pekerja tidak diberikan alatan keselamatan dan setiap hari ada sahaja yang mati lemas, terbakar akibat letupan ataupun dihempap besi berat. Kerajaan India kini dalam usaha untuk memodenkan sistem kitar semula kapal di Alang dengan bantuan konsortium Jepun. Ini diharap dapat memastikan nyawa pekerja lebih selamat disamping mengurangkan tahap pencemaran yang berlaku sekarang. 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan