PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini : | |
![]() | Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja. |
![]() | Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja . |
![]() | Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) . |
![]() | Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani. |
![]() | Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium |
dan sebagainya. | |
![]() | Kedatangan haid atau nifas. |
![]() | Gila walaupun hanya sekejap masa. |
![]() | Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari. |
![]() | Bersalin. |
![]() | Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari. |
![]() | Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan |
atau perbuatan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan