Di Saudi Turun Salji Tanda Jelas Akhir Zaman
Sesuatu yang janggal berlaku Rabu
(9/1/2012) di Arab Saudi. Worldbulletin menurunkan berita bahawa
Tabuk-salah satu lokasi perang yang berlaku di zaman Rasulullah-diguyur
salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihentam badai
yang sangat dahsyat.
Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan
kawasan gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari.
Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang jarang ditemui.
Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang
datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang berlaku itu.
Jalan-jalan terutama yang menuju Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan
bermotor.
Para pegawai keselamatan, kawalan
lalulintas, serta pertugas kesihatan diterjunkan ke pelbagai tempat
berbeza guna memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pengarah lalulintas jalan raya Tabuk
Brig. Muhammad bin Ali An-Najjar memberi amaran kepada para pelancong
agar berhati-hati ketika memandu di atas jalan yang terjal dan licin di
kawasan pergunungan. Dia juga meminta mereka supaya mematuhi had
kelajuan dan menghubungi pegawai jika memerlukan bantuan atau maklumat.
Jabatan Kesihatan di Tabuk menerjunkan kenderaan-kenderaan ambulan yang berperalatan lengkap di daerah-daerah tersebut.
Jalan-jalan yang mengarah ke kawasan gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dijejali kenderaan dari arah bandar Haql dan Bada. Hujan turun di beberapa bandar di Saudi hari Rabu kemarin.
Tabuk terletak sekitar 1500 km dari Riyad (Ibukota Arab Saudi).
Sebenarnya ini bukan kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.
Para pemandu yang kebetulan melintas di jalanan Tabuk sengaja berhenti dan bermain salji dengan gembiranya, melompat, berguling-guling dan bersalto. Mereka tampak gembira sekali dan sama sekali tidak menyangka bahawa negaranya diguyur salji sedemikian rupa.
SUMBER:MYBERITA.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan